Thursday 8 May 2014

Analisis dan Kesimpulan Institusi Islam di Bahamas

Islam di Bahamas boleh dikatakan ada terutamanya di kawasan Nassau. Walau bagaimanapun, Institusi Islam di Bahamas masih belum cukup berkembang dan kesukaran dalam mendapatkan maklumat tentang Institusi Islam. Masyarakat Islam di Bahamas diabaikan dan dipinggirkan dalam banyak cara, kerana menjadi minoriti yang sangat kecil iaitu kurang daripada 1% daripada penduduk Bahamas. Sebagai contoh, media enggan menyiarkan program Islam dan akhbar-akhbar tempatan enggan untuk menampung acara-acara yang berkaitan dengan Islam dan umat Islam. Mereka masih menghadapi masalah dalam menjalankan aktiviti-aktiviti mereka. Mereka boleh menggunakan beberapa bantuan dan perhatian daripada orang Islam Amerika Syarikat untuk tenaga kerja mereka. Umat ​​Islam di Amerika Syarikat termasuk doktor, jurutera dan lain-lain boleh menyumbang dengan menumpukan minggu mereka bercuti setiap tahun ketika melakukan seminar mengenai Islam atau yang mempunyai klinik perubatan percuma.

 Persekitaran yang menarik di Bahamas telah banyak menarik pelancong Amerika Syarikat. dalam membangunkan Institusi Islam di Bahamas, orang Islam di Amerika Syarikat perlu memberikan bantuan kepada Bahamas untuk meningkatkan pembangunan Islam di Bahamas. Di Bahamas, hanya terdapat satu pusat untuk masyarakat Islam iaitu Masjid Jamat Ul-Islam. Bahamas memerlukan banyak lagi institusi masjid untuk membangunkan Islam di Bahamas. 
Dalam institusi pendidikan pula, Bahamas tidak mempunyai pusat pendidikan atau universiti yang berteraskan Islam. Umat Islam di Bahamas yang ingin menyambung pelajaran mereka dalam pendidikan Islam, mereka perlu ke Amerika Syarikat atau Timur Tengah. Ramai warga Afrika yang kita lihat menyambung pelajaran mereka di Timur Tengah tidak kurang juga di Malaysia. Walaupun kurang daripada segi infastruktur, rakyat Bahamas masih mempunyai cita-cita untuk menyambung pelajaran mereka.

Oleh itu, Bahamas masih memerlukan lagi institusi Islam dan juga beberapa bentuk bantuan untuk mengembangkan Islam di negara tersebut. Dalam mencari maklumat yang berkaitan Islam di Bahamas juga kurang dan menyukarkan orang ramai untuk mengetahui tentang Islam. Negara-negara Islam perlu lebih peka dalam memberi perhatian kepada negara Bahamas dalam meningkatkan sosioekonomi masyarakat Islam di Bahamas.


Website yang berkaitan:

No comments:

Post a Comment